Thursday, 10 November 2011

Karangan Ekspositori Nurhanisah

 Nama:  Nurhanisah Binte Abdul Manaf
 Kelas:   305

Karangan Ekspositori

Tajuk: Kita harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin seperti yang ada sekarang.  Jelaskan sebab-sebabnya.

   

Mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin seperti yang ada sekarang bermakna menjaga suasana di Pulau Ubin dengan betul dan baik. Ini boleh dikunjungi oleh ramai pelancong kerana suasananya tidak beruba dan merasai nostalgia.Jika keadaan asal di Pulau Ubin itu bersih, tenang dan sepi, ramai pengunjung akan ke sana. Dengan itu, kita harus mengekalkan keadaan asalnya di Pulau Ubin. Ada beberapa sebab-sebab mengapa ia harus dilakukan.

Isi pertama mengapa kita harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin seperti yang ada sekarang ialah supaya generasi mudah tahu bagaimana rupa atau kehidupan kampung zaman dulu. Kita harus mengajar generasi mudah tentang kehidupan kampung dahulu kerana generasi mudah kini sangat modern dan kalau keadaan asal Pulau Ubin ditukar, mereka hanya melihat perkampungan hanya di luar negeri , di buku atau di televisyen. Generasi muda juga akan merasa bersyukur dengan teknologi baru yang telah dicipta sekarang kerana pada zaman dahulu tidak ada beberapa. Contohnya, orang kampung mengambil air dengan timba di perigi dan menuang air itu ke baldi. Baldi itu akan diangkat hingga sampai ke rumah. Kini kita hanya membuka taip yang berada di rumah kita.

Isi kedua ialah pengunjung dapat melalui pengalaman yang baru dengan beriadah dalam suasana alam semula jadi. Ramai taman di Singapura tidak begitu bersifat semula jadi. Di Pulau Ubin ada banyak aktiviti yang boleh kita membuat. Aktiviti ini semua boleh dilakukan dalam satu Pulau dan tidak perlu ke tempat lain untuk membuat beberapa aktiviti. Pengalaman yang baru yang mereka boleh lakukan adalah snorkeling, trekking , menjelajah Pulau Ubin dengan berbasikal , memancing dan sebagainya. Contoh, seseorang tidak pernah pergi trekking boleh mencubanya di Pulau Ubin dahulu sebelum ke negeri lain yang besar. Mereka tidak akan hilang di Pulau Ubin, kerana tempatnya yang tidak bergitu besar.

Isi ketiga adalah mempelajari sejarah Singapura suatu masa dahulu dan juga kehidupan yang belum melalui pembangunan. Ada beberapa sejarah tentang Singapura di Pulau Ubin. Pelancong juga dapat mengetahui tentang bagaimana Pulau Ubin mendapatkan namanya. Pelancong dari Singapura juga dapat mengetahui bagaimana perkampungan di Singapura dahulu secara amali. Contoh, pelancong dapat masuk ke perkampungan yang telah ditinggal dan dijaga oleh orang lain untuk membuat tempat pelancongan. Pelancong juga dapat merasai  suasana perkampungan.

Akhirnya, mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin seperti yang asal sekarang akan menjadi satu destinasi yang popular. Suasana Pulau Ubin yang beralam semula jadi boleh menarik pelancong yang suka kegiatan di luar rumah atau alam bebas. Pelancong boleh bermalam di khemah atau di tempat peraginan mengikut kesukaannya. Contoh alam bebas di Pulau Ubin adalah Chek Jawa . Di Chek Jawa ada beberapa ekosistem yang menarik bukan sahaja pelangong tetapi juga burung dan tumbuhan yang jarang di nampak. Ini menarik pelancong yang gemar mengambil gambar alam semula jadi.

Pada keseluruhannya, keadaan asal Pulau Ubin kini harus dikekalkan supaya haiwan dan tumbuhan di Chek Jawa selamat. Kalau keadaan asal Pulau Ubin sekarang berubah, ramai pelancong tidak akan ke Pulau Ubin kerana ada tempat lain yang memberi pekej yang sama. Dengan itu, Pulau Ubin harus kekalkan keadaan asal sekarang.

No comments:

Post a Comment