Thursday, 10 November 2011

karangan Naratif Basysyar

                                     Karangan Naratif

Nama: Muhammad Basysyar Bin Azman

Kelas: 308

Tajuk: Tuliskan sebuah cerita tentang seorang yang dibesarkan di  kampung dan kini mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Abu dibesarkan di kampung. Abu ada ramai kawan di kampung itu kerana dia sering bermain dengan mereka. Orang-orang kampong sering bergotong-royong untuk memasak seperti di kenduri atau di majlis perkahwinan. Suasana agak sunyi kerana budak-budak ataupun orang kecoh kecuali waktu sambutan. Abu sering menolong jiran- jirannya mengecat rumah mereka. Dari situ, minat mengecat Abu mula berkembang.

Puan Latifah menasihati Abu supaya pergi ke bandar untuk mengembangkan minatnya untuk mengembangkan minatnya untuk mengecat. Dia juga memberitahu Abu dengan mengecat di kampung dia tidak akan mendapat duit yang lumayan kerana orang-orang kampung tidak begitu kaya. Mereka hanya menjual ikan dan sayur-sayuran untuk mendapat duit. Mereka  memerlukan duit itu kerana mereka bukan orang senang. Jiran-jirannya juga menasihati Abu untuk pergi ke bandar. Umur Abu ialah 24 tahun dan dia masih belum bersedia untuk meninggalkan kampungnya. Kampung itu ada banyak kenangan kepadanya.

Selepas dinasihati beberapa kali  akhirnya Abu mengambil keputusan untuk pergi ke bandar untuk mengembangkan minatnya. Abu mengemas barang-barangnya untuk bersedia pergi ke bandar. Pakcik Adam menyokong keputusannya. Abu mencari kerja mengecat. Abu mula bekerja selepas satu hari duduk di bandar. Bos Abu suka dengan perangai Abu kerana dia seorang yang rajin dan tekun. Kini, syarikat Abu telah berkembang dan menjadi popular. Abu sudah menjadi bos syarikat itu.

Abu terhutang budi dengan kampungnya. Abu mengambil keputusan untuk mengecat  kesemua kampung dan membantu jiran-jirannya meringankann beban mereka. Abu membawa rakan-rakan seperkerjaannya untuk membaiki rumah-rumah yang usang hingga menjadi rumah batu dan mengecat rumah mereka hingga menjadi lebih cantik. Jiran-jirannya berterima kasih dengan Abu  kerana sudah menolong mereka. Abu memberitahu dengan mereka kerana kalau bukan kampungnya dia tidak akan berjaya seperti sekarang dan minatnya tidak berkembang.

No comments:

Post a Comment