Wednesday, 9 November 2011

Renungan

RENUNGAN

Saya berasa bahagia kerana diberikan peluang pergi ke Pulau Ubin. Saya tidak sangka lawatan ini akan menjadi begitu menarik kerana Pulau Ubin tidak begitu moden seperti Singapura. Saya pun tidak tahu ada banyak permainan di sana. Kini, saya sudah tahu bagaimana hendak bermain permainan tradisional seperti congkak dan gasing. Saya sudah tahu menghargai permainan tradisional melayu dan budaya orang dahulu. Saya pelajari bahawa kita harus ambil tahu tentang budaya melayu sekarang supaya generasi yang akan datang tidak akan lupa tentang budaya melayu.

Dibuat oleh: Muhammad Basysyar



Saya  tidak berfikir untuk ke Pulau Ubin sekali pun. Tetapi saya berasa gembira juga mendapat peluang ke Pulau Ubin. Pulau Ubin seperti apa saya sangkakan. Aktiviti-aktiviti ini semua seronok sekali. Saya pernah membuat lukisan batik bila saya darjah lima. Tetapi tidak cukup masa untuk kami mewarnakannya. Saya juga dapat teringatkan permainan lama yang pernah saya bermain tetapi telah  diabai kerana sibuk melungsuri lelaman web. Learning Journey ini, mengingatkan saya budaya melayu yang telah diabai kerana sibuk membelajar atau bermain komputer.

Dibuat oleh: Nurhanisah Binte Abdul Manaf

Walaupun saya pernah pergi ke Pulau Ubin bersama keluarga saya untuk menaik basikal dan menerokai persekitaran di sana, saya tetap berasa ghairah kerana ia adalah pertama kali saya akan pergi ke sana dengan rakan-rakan sekolah. Pulau Ubin adalah sebuah pulau yang sangat menarik. Pada mulanya, saya fikir Pulau Ubin adalah Pulau hanya untuk berbasikal tetapi setelah mengambil bahagian dalam sesi ini, saya mendapat tahu banyak tentang tempat itu. Saya pelajari tentang kehidupan orang-orang kampung.

Dibuat oleh:  Nur Farahdiana 307

Saya tidak pernah ke Pulau Ubin kerana saya ingatkan bahawa Pulau Ubin adalah tempat yang membosankan kerana saya tidak mempunyai minat dalam alam semula jadi. Inilah kali pertama saya ke Pulau Ubin. Secara keseluruhannya, ia  agak seronok terutamaya apabila saya diberi peluang untuk membuat lukisan batik kerana saya tidak pernah membuatnya sebelum ini. Saya pelajari bahawa kami harus meneruskan budaya orang melayu dahulu supaya ia tidak hapus begitu sahaja.

Dibuat oleh: Nur Afiqah Bte Abdul Aziz 307

No comments:

Post a Comment