Wednesday, 9 November 2011

Pulau Ubin

Tarikh   : 8 November 2011, Selasa

Siapa    :  Guru-guru dan rakan-rakan melayu sedarjah.

Tujuan : Untuk mempelajari permainan tradisional, makanan dan kehidupan orang dahulu.

Bagaimana ke sana : Menaiki bus ke Jeti Changi kemudian bot ke Pulau Ubin. Setelah itu, kami menaiki     Van ke Kampung Riang Ria.
http://www.streetdirectory.com/asia_travel/travel/travel_id_26866/travel_site_79719/#journey:103.94956417282,1.3581424023726 to 103.9878535770871,1.3907468029480534/bus

Barang yang perlu dibawa : Pena, botol air, duit, poncho, payung dan topi.

Perasaan : Kami berasa ghairah ketika dalam perjalanan ke Pulau Ubin kerana ada daripada kami yang tidak pernah mengunjungi ke sana dan tidak begitu mengetahui tentang cara kehidupan mereka.
Pada mulanya, kami tidak begitu selesa tetapi selepas beberapa jam di situ, kami sudah boleh membiasakan diri dengan tempat di sana.

Apa yang berlaku : Kami harus menunggu kumpulan lain untuk tiba di Kampung Riang Ria. Sambil itu, kami bersarapan pagi dan diberi taklimat tentang aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan pada hari itu.


Lukisan Batik
Canting
Aktiviti pertama kami adalah lukisan Batik. Kami mempelajari cara bagaimana untuk memegang canting supaya tidak mencederakan tangan dengan kehangatan lilin cair yang keluar dari bawah canting dengan menggunakan tisu. Kami dibimbing oleh Cikgu Juraimi dan Cikgu Fatimah.

Cikgu Juraimi
Kami juga mempelajari untuk memulakan lukisan batik dengan menggunakan canting untuk melukis sebagai langkah pertama. Kemudian, kami juga diberikan kertas sebelum melukis di kain batik. Setelah itu, kami mengalir ke kain batik. Habis sahaja melukis di kain batik, kami mula mewarnakannya dengan warna pilihan kami. Kami juga dikehendaki membuat toning warna. Setiap gambar harus mempunyai sekurang-kurangnya dua warna yang berlainan melalui toning. Kemudian, lukisan itu diberikan kepada Cikgu Juraimi untuk dikeringkan. Kami berasa agak kekok pada mulaannya tetapi setelah memahirkan lukisan batik, kami sudah dapat membiasakan diri. Hasilnya memuaskan kerana usaha kami telah mendatangkan keuntungan.


Permainan Tradisional


Pintu belakang

Aktiviti kedua ialah permainan tradisional. Kami dibimbing oleh dua orang instruktor. Kami diberitahu tentang kehidupan orang-orang kampung. Rumah yang dikunjung kami adalah rumah seorang penduduk di situ yang dikenali sebagai Nek Hitam. Selepas kami menanggalkan kasut, kami menunggu di Serambi ebelum dijemput ke dalam rumah. Serambi adalah tempat tetamu yang dikenali untuk berborak-borak manakala bagi tetamu yang tidak dikenali akan disambut dari pintu belakang. Terdapat sebuah dapur kecil di dalam rumah untuk memasak makanan ringan sementara dapur besar di luar digunakan untuk memasak lauk-pauk. Mereka duduk di lantai sambil menjamu selera kerana ruang makan tidak lengkap dengan kerusi meja.

Perigi
Perigi ini boleh didapati di halaman rumah-rumah kampung. Air perigi ini dikumpul daripada air matair dan juga air hujan yang turun. Air perigi bersih dan boleh digunankan untuk memasak dan mandi.

Bilik Perempuan
Bilik lelaki
Kami juga diberitahu tentang perbezaannya tentang bilik lelaki dan bilik perempuan. Di bilik perempuan, mereka mempunyai sebuah katil dah sebuah almari tetapi di bilik lelaki tidak mempunyai almari ataupun katil. Ini kerana, perempuan lebih dipandang lemah lembut dan suka berdandan. Lelaki pula dipandang gagah dan tidak begitu mengambil tahu tentang penampilan mereka.


Gasing
Congkak
Tapak Kuda
Tarik Upeh
Kami juga diajar bagaimana hendak bermain beberapa permainan tradisional seperti congkak, tapak kuda, gasing dan tarik upeh. Biji-biji congkak diambil dari dalam tanah. Di dalam satu bulatan mesti ada tujuh buah bijian. Permainan tapak kuda memerlukan kami untuk memijak tempurung kelapa yang diikat dengan tali. Permainan ini dinamakan tapak kuda kerana bunyi yang diperolehi apabila berjalan diatas tempurung itu seperti seekor kuda berjalan. Permainan gasing adalah sebuah permainan yang memerlukan kami memutarkan gasing dengan seutas tali. Ini adalah seperti permainan zaman sekarang yang dikenali sebagai "beyblade". Kami harus mencuba beberapa kali untuk membuat gasing itu berputar dan juga belajar untuk bersabar kerana agak sukar untuk memutarkan gasing itu. Permainan tarik upeh memerlukan seseorang untuk duduk di guni dan kemudian guni itu akan ditarik.

Sesi Mencuba Makanan
Kuih Dadar
Aktiviti ketiga adalah Sesi Mencuba Makanan. Aktiviti ini mengajar kami tentang jenis-jenis limau dan ulam-ulam yang selalu ditanam oleh orang kampung, berdekatan atau di depan rumah mereka. Beberapa jenis ulam-ulam yang diperkenalkan oleh cik itu adalah pokok kelapa, pokok mangga, pokok durian dan pokok ubi. Haiwan-haiwan seperti Babi Hutan, anjing dan tupai suka merosakkan tanaman dan pokok buah buahan. Kami juga mempelajari tentang kegunaan buah-buahan ini.

Pertama adalah kelapa. Kegunaannya ialah isinya bolah dibuat santan untuk memasak, airnya boleh dijadikan minuman. Cara untuk mangambil buah kelapa adalah dengan memanjat pokok dan memetiknya atau menjolok dengan menggunakan jala.
Antara limau-limau yang diperkenalkan adalah limau Purut, limau Kasturi dan limau Nipis.
Kami juga mempelajari bagaimana untuk membuat kuih dadar. Untuk membuat tepung, kami harus mengisar daun pandan dan mengumpulkan jus yang telah ditapis. Jus yang telah dikumpulkan harus dicampurkan dengan tepung gandum, secubit garam, telur, susu cair dan sedikit air supaya tidak cepat basi. Untuk membuat intinya pula, kami harus mengadunkan kelapa parut dengan gula melaka.

No comments:

Post a Comment