Thursday, 10 November 2011

Karangan Ekspositori Nur Afiqah

NAMA   :   Nur Afiqah Binte Abdul Aziz
KELAS :    307

KARANGAN EKSPOSITORI

TAJUK: Kita harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin seperti yang ada sekarang. Jelaskan sebab-sebabnya.


Mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin seperti yang ada sekarang bermakna menjaganya supaya berlanjutan dan tidak berubah-ubah. Pulau Ubin yang terkenal dengan suasana perkampungannya dan juga persekitaran alam semula jadinya, adalah tempat terbaik untuk para-para pelancong. Pulau Ubin adalah sebuah tempat perkampungan yang masih kekal sehingga kini dan suasananya jauh beza dengan suasana di Singapura. Oleh kerana itu, kita harus mengekalkan keadaannya yang asal supaya ia tidak hilang begitu sahaja dengan pengindustrian global.

Pulau Ubin harus kekal begini supaya generasi muda tahu bagaimana cara kehidupan orang kampung zaman dahulu kerana mereka tidak tahu bagaimana rupa dan kehidupannya. Generasi muda juga patut mengambil tahu tentang cara kehidupan kampung kerana terlalu dimanjakan dengan teknologi-teknologi terkini dan juga keadaan moden Singapura. Akibat terlalu sibuk dengan mengikuti perkembangan dunia, mereka tidak mengambil peduli dengan sejarah orang di Pulau Ubin pada zaman dahulu. Contohnya adalah generasi muda boleh mengikuti program-program yang diadakan oleh Pulau Ubin seperti berbasikal, mengunjugi chek jawa, menyelam dalam air dan bermacam-macam lagi.
Sebab yang kedua adalah pelancong boleh melalui pengalaman baru . Para pelancong boleh beriadah dalam suasana yang semula jadi dengan banyak flora dan fauna. Keadaan sunyi sepi di situ akan menolong para pelancong untuk menenangkan fikiran mereka. Ini amat baik bagi para pelancong yang tertekan dengan pekerjaan dan mahu ke tempat yang sunyi untuk menenangkan fikiran mereka kerana tidak kedengaran suara pekikan kanak-kanak kecil dan hanya dikelilingi dengan keindahan alam semula jadi yang terdapat di situ. Contohnya adalah, para pelancong yang suka akan alam semula jadi dan tidak begitu cerewet dengan keselesaan, boleh berkhemah sambil menikmati flora dan fauna yang terdapat di situ. Tetapi bagi mereka yang mahu tinggal di tempat yang lebih selesa buat sementara boleh ke tempat peranginan yang terdapat di situ.

Mereka yang tidak pernah ke kampung pula boleh ke kampung di situ unutk mempelajari tentang sejarah Singapura suatu masa dahulu. Tempat yang mempunyai benyak sejarah di Pulau Ubin adalah Chek Jawa yang masih kekal dan dijaga. Mereka juga boleh menyoal pekedai-pekedai yang sudah lama berniaga di situ dan juga panghuni rumah-rumah kampung  tentang sejarah Pulau Ubin dan cara-cara kehidupan orang dahulu. Mereka boleh berbasikal sambil  melihat-lihat rumah penghuni dan lihat bagaimana kampung itu dibina, dan juga lihat persekitaran kampung itu. Soalan tentang mengapa Pulau Ubin dinamakan begitu dan mengapa ada penghuni-penghuni kampung yang tidak mahu beredar dari situ.

Sebab yang terakhir adalah Pulau Ubin ialah destinasi pelancongan. Singapura tidak mempunyai kampung jadi pelancong boleh ke Pulau Ubin untuk melihat kampung-kampung. Para pelancong juga boleh menikmati ketenangan dan keindahan alam semula jadi di situ. Selain dari itu, mereka boleh berbuat pelbagai aktiviti di situ.

 Oleh kerana Pulau Ubin adalah satu-satunya tempat yang masih mengekalkan suasana perkampungannya, yang terdekat dari Singapura , kita harus menghargai tempat-tempat sebegini dan mengunjunginya sebelum ia dihapuskan kerana mahu memberi ruang kepada pembinaan pencakar langit yang baru. Jika tidak, Pulau Ubin akan diabaikan begitu sahaja dan hapuslah sejarah dan perkampungan terakhir Pulau Ubin.

No comments:

Post a Comment